Nak "Snacking" Secara Sihat? Mudah Saja. Ikuti Tip dan Panduan Berikut
“Snacking” bukanlah satu kepantangan bagi mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Asal saja kita tahu apa yang patut dimakan, waktu pengambilan, dan juga kuantiti yang sesuai. Ikuti tip-tip bijak untuk snacking secara sihat.
Apa itu "Snacking"?
Snacking bermaksud pengambilan makanan ringan di antara waktu makan utama. Dalam erti kata lain, snacking merujuk tabiat atau keinginan untuk makan sesuatu secara selingan. Tujuannya bukan untuk kenyang, tetapi sekadar mengisi perut, menghilangkan rasa lapar atau hanya sekadar memenuhi nafsu dan keinginan untuk makan. Contohnya, makan buah-buahan pada jam 10 pagi, atau ambil segenggam kacang sebelum balik kerja.
Snacking juga sering disebut sebagai “makan kudapan”, “Makan makanan ringan” atau “makan selingan”.
Kenapa Ramai Orang "Snacking"?
Rutin harian kita selalunya sibuk, dan ramai antara kita perlukan sesuatu untuk ‘top up’ tenaga — dan ramai yang pilih untuk ambil snek kerana ia ringkas, mudah diambil dan tidak mengganggu
Tapi hati-hati, snek yang salah boleh buat badan rasa lemau, cepat letih, atau boleh menjadi sebab kita sering terlebih ambil gula dan garam tanpa kita sedar.
Keinginan "Snacking" yang dikawal secara betul boleh membantu:
✔ Mengekalkan tenaga di antara waktu makan
✔ Mengelakkan keinginan terhadap makanan tidak sihat
✔ Menstabilkan paras gula dalam darah
✔ Mambantu otak untuk kekal fokus dan peka

Prinsip "Snacking" Sihat
Berikut adalah panduan asas untuk mengamalkan snacking secara sihat, mudah diamalkan dan juga tidak memberi tekanan berlebihan kepada sistem badan:
- Pilih snek atau makanan ringan rendah kalori (sekitar 100–200 kcal sahaja)
- Utamakan snek yang tinggi serat dan/atau protein
- Elakkan snek tinggi gula tambahan, garam atau lemak tepu
- Ambil snek hanya bila perlu, bukan kerana bosan
- Kawal saiz hidangan — gunakan bekas kecil atau pre-pack dalam ziplock
Waktu Paling Sesuai untuk "Snacking"
- 🕙 Tengah pagi — apabila tenaga daripada sarapan sudah habis tenaga
- 🕓 Petang — apabila energi dan fokus mula sudah semakin berkurangan
- 🏃♀️ Sebelum atau selepas bersenam
- 🌙 Sebelum tidur (pilih snek ringan dan rendah kalori)
- Waktu kerja — untuk kekalkan fokus dan elak craving

Tip Pilih Snek yang Sihat dan Tak Membebankan Badan
Tak membebankan badan di sini merujuk pada snek yang rendah kalori, kurang gula, garam dan lemak, serta mudah dihadam tanpa memberi kesan negatif kepada kesihatan atau berat badan.
✅ Cari yang ringkas dan berkhasiat
Contoh: segenggam kacang, buah potong, yogurt rendah lemak, telur rebus.
✅ Pilih tinggi serat atau protein
Ia bantu rasa kenyang lebih lama dan stabilkan tenaga.
✅ Elak snek ‘bertopeng sihat’
Jangan terpedaya dengan label “natural” atau “rendah lemak” — baca juaga kandungan gula dan garam.
✅ Kawal portion, bukan emosi
Gunakan bekas kecil atau sukat siap-siap — elak makan ikut mood.
✅ Makan bila perlu, bukan sekadar tabiat
Adakalanya kita makan bukan sebab lapar, tapi sebab bosan atau stres.
Elak 4 Perangkap ini Ketika "Snacking"
✖ Makan terus dari bungkusan besar
✖ Makan sambil menonton TV atau scroll media sosial (mudah terlebih)
✖ Minuman bergula seperti jus kotak, kopi manis atau minuman bikarbonat
✖ Label “Snek sihat” di pasaran sebenarnya tinggi gula tersembunyi (baca label!)
Kesimpulan
Snacking secara sihat bukanlah sesuatu yang rumit — dengan pendekatan yang betul, anda boleh menikmatinya tanpa rasa bersalah. Kuncinya terletak pada pemilihan snek yang berkhasiat, saiz hidangan yang sesuai, dan masa yang tepat. Dengan amalan ini, anda boleh terus menikmati snek kegemaran sambil menyokong tubuh yang sihat, mengekalkan tenaga, dan mengawal berat badan.
Ingat, snek bukan penghalang — yang penting adalah cara kita menikmatinya untuk manfaat kesihatan jangka panjang.
Klik di sini untuk melihat rangkaian snek sihat yang sesuai untuk dinikmati di rumah, di pejabat, atau sebagai kudapan harian.